Pemeriksaan & Pengujian – CEE 1063

Pemeriksaan Penglihatan.

           Pemeriksaan penglihatan (visual test) dilakukan bagi mempastikan:-

1. Bahan-bahan dan kelengkapan pemasangan dipasang mengikut piawaian yang ditetapkan (Piawaian BS / Piawaian MS)

2. Pemasangan dijalankan mengikut Peraturan IEE / Suruhanjaya Tenaga / JKR.

3. Tiada kerosakan yang nyata pada pemasangan atau kelengkapan elektrik.

          Diantara pemeriksaan yang dilakukan pada sesuatu pemasangan adalah:-

1. Penyambungan kabel ke alatlengkap pendawaian dilakukan betul dan sempurna.

2. Tanda pengenalan kabel dilakukan dengan sempurna dan betul.

3. Penggunaan jenis dan saiz kabel yang sesuai.

4. Perlindungan sentuhan terus kabel disediakan dengan betul samada secara:-

    a. Penebatan.

    b. Penutup atau penahan.

    c. Hadangan.

    d. Dipasang pada ketinggian yang sesuai dan betul.

 5. Alat pemencilan dan perlindungan yang betul digunakan.

6. Bahagian-bahagian pemasangan dilabelkan dengan betul.

7. Papantanda notis yang sesuai disediakan.

8. Gambarajah dan arahan diletakkan ditempat yang sesuai.

Ujian Keterusan / Keterusan Litar Gelang

           Ujian ini dilakukan bagi menentukan keterusan semua pengalir pada litar gelang. Ia dijalankan dengan menggunakan Jangka Ohm.

          Ujian ini dilakukan dengan mengukur nilai rintangan pengalir-pengalir yang membentuk litar gelang. Terdapat dua kaedah pengujian yang boleh dilakukan iaitu:-

a. Kaedah I.

           Sebelum menyambungkan litar ke unit pengguna, ukur nilai rintangan setiap pengalir litar. Kemudian sambungkan pengalir-pengalir nya ke unit pengguna dan tutup (OFF) alat pelindungan litar. Ukur nilai rintangan antara pangkal unit pengguna dengan titik tengah litar gelang bagi setiap pengalir (titik tengah diambil berdasarkan panjang litar pendawaian).  Akhirnya sambungkan semua pengalir-pengalir litar bagi membentuk sambungan selari pada satu daripada soket-alir-keluar. Keterusan pengalir dikatakan baik sekiranya nilai rintangan pengalir yang disambungkan selari adalah separuh (1 / 2)  daripada nilai rintangan pada titik tengah.

 b. Kaedah 2.

           Sebelum menyambungkan litar ke unit pengguna, ukur nilai rintangan setiap pengalir litar. Kemudian sambungkan pengalir-pengalir nya ke unit pengguna dan tutup (OFF) alat pelindungan litar. Ukur nilai rintangan antara pangkal unit pengguna dengan titik tengah litar gelang bagi setiap pengalir (titik tengah diambil berdasarkan panjang litar pendawaian).  Akhirnya sambungkan semua pengalir-pengalir litar pada titik tengah bagi membentuk sambungan selari. Keterusan pengalir dikatakan baik sekiranya nilai rintangan pengalir yang disambungkan selari adalah separuh (1 / 2)  daripada nilai rintangan pada titik tengah.

          Ketika ujian dijalankan, semua perkakasan elektrik perlulah ditanggalkan .

This entry was posted in Pengujian. Bookmark the permalink.

Tinggalkan komen