Kaedah Pemasangan

KAEDAH DAN TEKNIK MEMASANG DAN MELETAK KABEL BAWAH  TANAH

Kerja pemasangan kabel bawah tanah dijalankan apabila :

 Kawasan tidak mencukupi untuk menjalankan pemasangan talian atas. Misalnya kawasan Bandar atau bandaraya.

  1. Terdapat bahaya voltan tinggi dipemasangan talian atas. Misalnya bangunan-bangunan pencakar langit yang boleh membahayakan pengguna.
  2. Kawasan dari tiang dan talian bersimpang siur. Misalnya kawasan tanaman, kawasan bangunan.

 Bahagian-bahagian utama system bawah tanah :

 Saluran ( longkang )

  1. Paip atau salur
  2. Lubang utama
  3. Kabel
  4. Sambat kabel
  5. Luring  
Contoh penggunan pemasangan kabel bawah tanah ini ialah :

 Dari papan suis utama ke papan suis sub-utama

  1. Dari pencawang ke tiang penghantar talian atas
  2. Bekalan lampu-lampu jalan
  3. Dari litar akhir dirumah ke lampu pagar/lampu kawasan diluar rumah.

           Kerja pemasangan kabel bawah tanah ini biasanya dijalankan kontraktor berdaftar. Sebelum memulakan kerja mengorek longkang, pastikan terlebih dahulu tempat sebenar dimana kabel akan ditanam dan sama ada ia sesuai dengan keadan disitu. Hal ini dapat diketahui dengan merujuk pelan tapak. Di pelan itu juga bolehlah ditentukan kedudukan gelendong kabel dan winch penarik yang sesuai untuk menjalankan kerja pemasangan nanti.

          Jika pemasangan membabitkan harta benda milik awam atau pihak berkuasa. Kebenaran perlu diperolehi sebelum kerja pemasangan dijalankan. Misalnya tapak telekom, JBA, JKR dan sebagainya.

            Kedalaman dan lebar longkang yang hendak dikorek bergantung kepada kesesuaian tanah ( jangan ada gangguan bumi ). Seberapa boleh longkang itu biarlah selurus mungkin dan cukup ruang untuk pekerja berdiri disisi kabel itu nanti.

            Kabel ini boleh ditanam terus dalam tanah atau dimasukkan kedalam paip atau sesalur. Pemasangan kabel dalam paip atau sesalur biasanya digunakan apabila kabel itu merentasi jalan raya.,jalan keretapi, atau longkang. Paip keluli atau besi galvani digunakan untuk pemasangan melintasi jalan keratapi atau jambatan. Salur bergilap sesuai untuk pemasangan kabel melintasi jalan raya. Saiz salur atau paip biasnya dua kali ganda garis pusat keseluruhan kabel yang dibawanya.

             Setelah longkang itu siap, kabel akan dimasukan kedalam tanah sama ada dengan tangan atau menggunakan winch penarik bersama-sama penguling. Sebelum lubang itu dikambus, pasir halus ( sungai ) akan ditaburkan disepanjang kabel. Jika perlu ia ditutup dengan penutup kabel, pita kabel atau batu. Kerja pemasangan ini memerlukan kemahiran kerana kabel akan mudah rosak apabila terjatuh atau terhimpit dan mudah dimasuki lembapan sewaktu kerja penyambungan dijalankan. Contohnya kabel penebat kertas (PICC).

             Kabel yang lazim digunakan untuk pemasngan dalam tanah ialah kabel penebat PVK bulat atau rala ( dalam paip atau salur dan suhunya tidak kurang daripada oºC ) dan kabel penebat kertas. Permukaan yang telah dikambus diratakan semula seperti sedia kala dan jika perlu ditanamkan batu penanda kabel.         

About these ads
This entry was posted in Kabel. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s