Peraturan IEE : Pemeriksaan dan Ujian – CEE 1063

PERATURAN IEE  MENGENAI PEMERIKSAAN DAN UJIAN

    Bahagian 7 Peraturan IEE Edisi 16 telah menyediakan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi bagi sesuatu pemasangan elektrik.

 BAB 7      1  PENGESAHAN AWAL

711  AM

 711-01-01   Setiap pemasangan hendaklah semasa

                pembinaan dan / atau penyiapan sebelum

                diguna untuk perkhidmatan diperiksa dan diuji

                untuk mengesahkan, sejauh yang praktik bahawa

                kehendak Peraturan dipatuhi. Kaedah menguji

                hendaklah yang sedemikian supaya tidak ada

                bahaya kepada manusia, binatang ternakan atau

                harta benda atau kerosakan kepada peralatan

                boleh berlaku walaupun jika litarnya yang diuji

                itu rosak.

711-01-02  Hasil dari penilaian ciri-ciri am yang dikehendaki

                oleh Bahagian 211, 312 dan 313 bersama dengan

                maklumat yang dikehendaki oleh Peraturan

                514-09-01 hendaklah boleh didapati oleh orang

                atau orang-orang yang menjalankan  

                pemeriksaan dan ujian.

712  PEMERIKSAAN

712-01-01  Pemeriksaan terperinci hendaklah mendahului

                ujian dan hendaklah dijalankan (biasanya)

                dengan bahagian pemasangan diputuskan dari

                bekalan.

712-01-02  Pemeriksaan terperinci hendaklah dibuat untuk

                 mengesahkan bahawa peralatan elektrik yang

                 dipasang adalah:-

                i. mengikut Bahagian 511 (ini hendaklah

                   dipastikan melalui tanda atau melalui sijil yang

                   ditunjukkan oleh pemasang atau pengilang),

                   dan,

               ii. dipilih dengan betul dan dibina mengikut

                   Peraturan, dan,

              iii. tidak kelihatan rosak sehingga mencacatkan

                   keselamatan.

712-01-03  Perincian pemeriksaan hendaklah termasuk

                  sekurang-kurangnya penyemakan item-item

                  berikut dimana yang relevan dengan

                  pemasangan dan dimana perlu semasa

                  pembinaan:-

                i. sambungan konduktor.

               ii. pengenalan konduktor.

              iii. penghalaan kabel dalam zon keselamatan atau

                   perlindungan mekanikal, mengikut Bahagian

                   522.

              iv. pemilihan konduktor untuk keupayaan

                   membawa arus dan kejatuhan voltan mengikut

                   reka bentuk.

               v. sambungan peranti berkutub tunggal untuk

                   perlindungan atau pensuisan dalam konduktor

                   fasa sahaja.

              vi. sambungan yang betul soket-alir-keluar dan

                   pemegang lampu.

             vii. kehadiran rintangan api dan perlindungan

                   terhadap kesan haba.

            viii. kaedah perlindungan terhadap sentuhan

                   langsung (termasuk ukuran jarak dimana

                   sesuai) iaitu:-

                  a. perlindungan melalui penebatan bahagian

                      hidup.

                  b. perlindungan melalui halangan atau

                      kepungan.

                  c. perlindungan melalui rintangan.

                  d. perlindungan dengan meletak jauh dari

                      jangkauan.

              ix. kaedah perlindungan terhadap sentuhan tak

                   langsung.

                  a. kehadiran konduktor pelindung.

                  b. kehadiran konduktor bumi.

                  c. kehadiran konduktor ikatan sama upaya

                     utama.

                  d. kehadiran konduktor ikatan sama upaya

                      tambahan.

                  e. susunan pembumian bagi gabungan

                      perlindungan dan tujuan berfungsi.

                  f. penggunaan peralatan kelas II atau

                     penebatan yang bersamaan.

                 g. lokasi bukan konduktor (termasuk ukuran

                     jarak dimana yang sesuai).

                 h. ikatan sama upaya tepatan beban bumi.

                  i. pemisahan elektrik.

        x. pencegahan daripada pengaruh bahaya bersama.

       xi. kehadiran peranti bersesuaian untuk pemencilan

           dan pensuisan.

      xii. kehadiran peranti perlindungan bervoltan kurang.

     xiii. pemilihan dan susunatur peranti pengawasan dan

           perlindungan.

    xiv. melabelkan litar, fius, suis dan terminal.

    xv.  pemilihan peralatan dan langkah perlindungan yang

           bersesuaian kepada pengaruh luaran.

    xvi. pendekatan yang mencukupi kepada pengaruh

          luaran.

  xvii. mempamerkan papan tanda bahaya dan lain-lain

         papan tanda amaran.

 xviii. mengadakan gambarajah, arahan dan maklumat yang

         serupa.

  xix. kaedah pembinaan.

713  UJIAN

713-01  Am

713-01-01  Ujian Peraturan 713-02 hingga 713-09 dimana

                 relevan hendaklah dijalankan dalam urutan.

                 Dalam keadaan sebarang ujian yang

                 menunjukkan kagagalan mematuhi, ujian itu dan

                 yang sebelumnya, yang mana hasil atau  

                 keputusannya telah dipengaruhi oleh kerosakan

                 yang ditunjukkan, hendaklah diulangi setelah

                 kerosakan itu dibetulkan.

                 Kaedah rujukan ujian adalah diterangkan dalam

                 Nota Panduan mengenai Peraturan Pendawaian

                 yang dicetak oleh Institut Jurutera Elektrik,

                 tetapi penggunaan lain-lain kaedah yang

                 membri hasil yang tidak kurang berkesannya

                 tidaklah boleh ditolak.

713-02  Kesinambungan konduktor pelindung

713-02-01  Setiap konduktor pelindung hendaklah diuji

                  untuk mengesahkan bahawa ianya baik dari

                  segi aliran arus elektriknya dan disambung

                  dengan betul.

713-03  Kesinambungan konduktor litar gelang akhir

713-03-01 Suatu ujian  hendaklah dijalankan untuk

                 mengesahkan kesinambungan setiap konduktor

                 termasuk konduktor pelindung setiap gelang

                 litar akhir.

713-04  Rintangan penebatan

713-04-01 Rintangan penebatan antara konduktor hidup

                 hendaklah diukur sebelum pemasangan

                 disambung kepada bekalan.

713-04-02 Perhatian tertentu hendaklah diberi kepada

                  kehadiran alat elektrik yang disambung kepada

                  pemasangan dan dimana perlu, peranti

                  sedemikian hendaklah dipencilkan supaya ianya

                   tidak dirosakkan oleh ujian voltan dan selepas

                   itu diuji mengikut Peraturan 713-04-06.

713-04-03 Rintangan penebatan hendaklah juga diukur

                  antara setiap konduktor hidup dan bumi,

                  konduktor PEN dalam system TN-C dikira

                  sebagai sebahagian bumi. Dimana sesuai,

                  semasa pengukuran ini, konduktor fasa dan

                  konduktor nuteral bolehlah disambung.

713-04-04 Rintangan penebatan yang diukur dengan

                  pengagihan ujian voltan AT yang ditunjukkan

                  dalam jadual 71A hendaklah dikira memuaskan

                  jika kotak suis dan setiap litar diuji secara

                  berasingan dengan semua litar akhirnya

                  disambung tetapi dengan peralatan yang

                  menggunakan arus diputuskan, dan mempunyai

                  rintangan penebatan tidak kurang daripada

                  nilai bersesuaian yang diberi pada jadual 71A.

713-04-05 Peralatan untuk ujian hendaklah berkeupayaan

                  membekalkan voltan ujian yang ditunjukkan

                  pada Jadual 71A apabila dibebankan dengan

                  1 mA.

JADUAL 71A

Nilai minimum rintangan penebatan

Voltan litar terendah(volt) Voltan ujian AT(volt) Rintangan penebatan min.(Megaohm)
Litar bervoltan lebih rendah apabila litar dibekalkan dari suatu transformerpenebatan keselamatan (Peraturan 411-02-02 item (i) dan juga memenuhi kehendak Peraturan 411-02-04 250 0.25
Hingga ked an termasuk 500 V dengan pengecualian kes-kes diatas. 500 0.5
Melepasi 500 V hingga ke 1000 V 1000 1.0
Antara litar SELV dan litar LV yang berkaitan 500 5.0
dengan tambahan tahan                     3750 rms AT untuk 60sujian dimana dikehendakicontoh  240V

 

713-04-06 Dimana peralatan seperti peranti elektronik

                  diputuskan untuk ujian yang diterangkan dalam

                  Peraturan 713-04-01 ke 05, dan peralatan itu

                  mempunyai bahagian-bahagian konduktif

                  terdedah yang dikehendaki oleh Peraturan

                  untuk disambung kepada konduktor pelindung,

                  rintangan penebatan antara bahagian-bahagian

                  konduktor yang terdedah dan semua bahagian

                  yang hidup dari peralatan yang diputuskan

                  (arusnya) hendaklah diukur berasingan dan

                  hendaklah mematuhi kehendak-kehendak

                  Piawaian British yang bersesuaian untuk

                  peralatan. Jika tiada Piawaian British yang

                  sesuai, rintangan penebatan hendaklah tidak

                  kurang daripada 0.5 megaohm.

713-05 Penebatan yang dipakai ditapak binaan

713-05-01 Dimana penebatan dipakai ditempat binaan

                 mengikut Peraturan 412-02 dimaksudkan untuk

                 memberi perlindungan terhadap sentuhan

                 langsung, ia hendaklah disahkan bahawa

                 penebatan itu berupaya untuk menahan, tanpa

                 kerosakan atau lampau kilat, suatu ujian voltan

                 kenaan bersamaan dengan yang dijelaskan

                 dalam Piawaian British bagi peralatan jenis

                 yang diuji yang serupa.

713-05-02 Dimana perlindungan terhadap sentuhan tak

                  langsung disediakan oleh penebatan tambahan

                  yang dikenakan kepada peralatan semasa

                  pembinaan mengikut Peraturan 413-03, ia

                  hendaklah disahkan oleh ujian:

              i.  bahawa kepungan penebatan memberi tahap

                  perlindungan tidak  kurang daripada IP2X (BS

                  5490), dan

              ii. bahawa kepungan penebatan berkeupayaan

                  menahan tanpa kerosakan atau lampau kilat

                  (flashover), ujian voltan kenaan bersamaan

                  dengan yang dijelaskan dalam Piawaian British

                  bagi peralatan yang diuji jenis yang serupa.

713-06  Perlindungan dengan pengasingan litar

713-06-01 Dimana perlindungan terhadap kejutan elektrik

                 disediakan oleh SELV, pematuhan dengan

                 kehendak-kehendak Peraturan 411092 dan

                 471-02 hendaklah disahkan melalui pemeriksaan

                 ujian.

713-06-02 Dimana perlindungan terhadap kejutan elektrik

                  disediakan melalui pengasing elektrik,

                  pematuhan dengan kehendak Peraturan 413-06  

                  hendaklah disahkan melalui pemeriksaan ujian.

713-07  Perlindungan terhadap sentuhan langsung melalui

             halangan, atau kepungan yang disediakan semasa

             pembinaan

713-07-01 Dimana perlindungan terhadap sentuhan

                 langsung dimaksudkan untuk diberi oleh

                 halangan / sekatan atau kepungan

                 yang disediakan semasa pembinaan mengikut

                 Peraturan 412-03 ia hendaklah disahkan melalui

                 ujian bahawa setiap kepungan atau halangan

                 menanggung tahap perlindungan tidak kurang

                 daripada IP2X atau IP4X mengikut kesesuaian

                 dimana Peraturan itu mengkehendakinya

                 demikian.

713-08  Penebatan lantai dan dinding bukan konduksi

713-08-01 Dimana perlindungan terhadap sentuhan

                 langsung hendaklah disediakan oleh lokasi

                 bukan konduksi yang dimaksudkan untuk

                 mematuhi Peraturan 413-04 dan 471-10,

                 rintangan lantai dan dinding lokasi kepada

                 konduktor pelindung utama pemasangan

                  hendaklah disukat / ukur tidak kurang tiga

                  takat pada setiap permukaan yang relevan,

                  yang mana satu daripadanya hendaklah tidak

                  kurang 1 m dan tidak lebih 1.2 m dari mana-

                  mana bahagian konduktor luar lokasi tersebut.

                  Ukuran dua yang lain hendaklah dibuat pada

                  jarak yang lebih jauh.

713-08-02 Sebarang penebatan atau susunan penebatan

                  bahagian konduktor berlebihan yang

                  dimaksudkan untuk memenuhi Peraturan

                   413-04-07 (iii):-

              i. apabila diuji pada 500 V AT hendaklah tidak

                 kurang dari 0.5 megaohm, dan

             ii. hendaklah mampu menahan suatu ujian voltan

                 sekurang-kurangnya 2 kV rms AT dan

           iii. hendaklah tidak meluluskan kebocoran arus

                melebihi 1 mA dalam keadaan penggunaan biasa.

713-09  Kekutuban

713-09-01 Ujian kekutuban hendaklah dibuat dan ia

                 hendaklah mengesahkan bahawa:-

               i. setiap fius dan kawalan kutub tunggal dan

                  peranti pelindung disambung dalam konduktor

                  fasa sahaja.

              ii. bayonet sentuhan pusat dan pemegang lampu

                  skru Edison kepada BS  6776 didalam litar yang

                  mempunyai konduktor nuteral terbumi

                  mempunyai kontak luaran atau yang diskru

                  kepada konduktor nuteral.

             iii. pendawaian telah disambung dengan betul

                  kepada soket-alir-keluar dan aksesori yang

                  serupa.

713-10  Impedans gelong kerosakan bumi

713-10-01 Dimana langkah-langkah perlindungan digunakan

                 yang memerlukan pengetahuan tentang

                 impedans gelong kerosakan bumi, impedans

                 yang relevan hendaklah disukat untuk

                 menentukan kaedah alternative. Dimana kaedah

                 alternative yang diterangkan dalam Peraturan

                 413-02-12 (lihat Jadual 41C) digunakan,

                 impedans litar konduktor pelindung  yang

                 berkenaan hendaklah disukat / ukur.

713-11  Rintangan elektrod bumi

713-11-01 Dimana langkah-langkag perlindungan digunakan

               yang memerlukan pengetahuan tentang

               rintangan elektrod bumi, ini hendaklah di sukat /

               ukur.

713-12  Operasi peranti kendalian arus bumi

713-12-01 Dimana perlindungan terhadap sentuhan tak

                langsung hendak disediakan oleh peranti arus

                baki,  kekesanannya hendaklah disahkan melalui

                ujian yang menyerupai keadaan kerosakan yang

                sesuai dan beban daripada mana-mana

                kemudahan ujian yang digabungkan didalam

                peranti.

BAB 72  PINDAAN DAN TAMBAHAN KEPADA PEMASANGAN

721  AM

721-01-01 Kehendak-kehendak relevan Ban 71 hendaklah

               dipakai kepada pindaan dan tambahan.

721-01-02 Ia hendaklah disatukan bahawa setiap pindaan

                dan tambahan mematuhi Peraturan dan tidak

                merosakkan keselamatan yang sedia ada.

BAB 73  PEMERIKSAAN DAN UJIAN BERKALA

731  AM

731-01-01 Pemeriksaan dan ujian berkala setiap

                pemasangan dimana diperlukan hendaklah

                dijalankan mengikut kehendak-kehendak bab ini.

731-01-02 Pemeriksaan yang terdiri daripada pengawasan

                 pemasangan yang cermat hendaklah dijalankan

                 tanpa membuka atau membuka sebahagian

                 seperti yang diperlukan, ditambah dengan ujian

                 untuk mengesahkan pematuhan dengan

                 Bahagian 731 dan 732 dan sejauh mungkin untuk

                 menyediakan:

               i. keselamatan orang dan binatang ternakan

                  terhadap kesan kejutan elektrik dan kebakaran,

                  mengikut Peraturan 120-01, dan

              ii. perlindungan terhadap kerosakan kepada harta

                  benda oleh kebakaran dan haba ekoran

                  kerosakan pemasangan, dan

           iii. mengenalpasti yang pemasangan tidak rosak

                atau merosot hingga boleh menjejaskan

                keselamatan,  dan

            iv. mengenalpasti yang kerosakan pada

                pemasangan atau ketidakpatuhan kepada

                kehendak-kehendak Peraturan yang

                boleh meningkatkan bahaya.

732  Pemeriksaan dan Ujian

732-01-01  Kekerapan pemeriksaan berkala dan ujian

                 sesuatu pemasangan hendaklah ditentukan oleh

                 jenis pemasangan, kegunaannya dan

                 operasinya, kekerapan penjagaannya, dan

                 pengaruh luaran yang ianya tertakluk.

732-01-02 Pemeriksaan dan ujian hendaklah yang tidak

                  mendatangkan bahaya kepada manusia atau

                  binatang ternakan dan yang tidak menyebabkan

                  kerosakan kepada harta-benda dan peralatan

                  walaupun litarnya luar.

732-01-03 Hasil pemeriksaan dan ujian berkala hendaklah

                  dicatat pada satu laporan, dan ditandatangani

                  mereka yang menjalankannya atau orang-

                  orang yang diberi kuasa berbuat demikian yang

                  bertindak bagi pihak dan disampaikan

                  kepada pemula yang memohon pemeriksaan

                  pengikut seksyen 774 Peraturan yang

                  berkaitan.

BAB 74  PERSIJILAN DAN LAPORAN

741  AM

741-01-01 Berikutan pengesahan awal yang dikehendaki

                oleh Bab 71 atau Bab 72. Sijil Penyempurnaan

                dan Pemeriksaan dalam bentuk borang yang

                dikemukakan dalam Lampiran 6 hendaklah diberi

                kepada orang yang mengarahkan kerja.

741-01-02 Berikutan Pemeriksaan dan Ujian Berkala yang

                diterangkan dalam Bab 73, suatu laporan keatas

                dapatan pemeriksaan dan ujian berkala

                hendaklah diberi oleh orang yang menjalankan

                pemeriksaan atau orang yang diberi kuasa

                bertindak bagi pihaknya kepada orang yang

                mengarahkan  kerja.

742  Pengesahan Awal

742-01-01 Pemeriksaan hendaklah mematuhi dengan

                 kehendak-kehendak Bab 71 dan sebarang

                 kerosakan atau tinggalan yang didedahkan oleh

                 pemeriksaan hendaklah dibetulkan sebelum Sijil

                 Penyempurnaan dan Pemeriksaan dikeluarkan.

742-01-02 Sijil Penyempurnaan dan Pemeriksaan

                  hendaklah ditandatangani oleh orang atau

                  orang-orang yang cekap yang menyatakan

                  bahawa pemasangan telah direkabentuk, dibina

                  dan diperiksa dan diuji mengikut Peraturan.

743  Pindaan Dan Tambahan

743-01-01 Kehendak-kehendak Bahagian 742 bagi

                 pengeluaran Sijil Penyempurnaan dan

                 pemeriksaan hendaklah meliputi semua

                 kerja pindaan dan tambahan. Apa-apa

                 kerosakan ataupun tinggalan yang didedahkan

                 dalam kerja itu hendaklah dibaiki atau

                 dibetulkan sebelum laporan Penyempurnaan

                 kerja dikeluarkan. Kontraktor atau orang-orang

                 lain yang bertanggung-jawap bagi kerja-kerja

                 baru itu, atau orang yang diberi kuasa untuk

                 bertindak bagi pihaknya, hendaklah melaporkan

                 secara bertulis kepada orang yang mengarah-

                 kan kerja pembaikan atau pembetulan akan

                 sebarang kecacatan yang didapati berkaitan

                 dengan bahagian-bahagian pemasangan yang

                 ada.

744  Pemeriksaan Dan Ujian Berkala

744-01-01 Hasil dan tempoh Pemeriksaan dan Ujian

                Berkala mengikut Bab 73, sesuatu pemasangan

                atau mana-mana bahagian darinya, hendaklah

                direkodkan dan diberi kepada orang yang

                membuat pemeriksaan atau kepada orang yang

                diberi kuasa untuk bertindak bagi pihaknya, atau

                orang yang mengarah pemeriksaan itu

                dijalankan.

744-01-02 Keadaan merbahaya yang timbul dari

                 ketidakpatuhan Peraturan bersama dengan

                 sebarang  penghadan Pemeriksaan

                 dan Ujian mengikut Bahagian 732 hendaklah

                 direkodkan.

About these ads
This entry was posted in Pengujian. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s